KERTAS
KERJA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
1435H / 2014M
SEKOLAH
KEBANGSAAN ABI
01000
KANGAR PERLIS
PENDAHULUAN
Maulidurrasul atau dikenali dengan
hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi
seluruh umat islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah merupakan satu
detik yang amat berharga kerana disitulah bermula sirah junjungan agung yang
membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan
dan dari kehinaan kepada kemasyhuran.
RASIONAL
Setiap tahun umat islam menyambut
hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembangunan
jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini. Ada yang
menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin
dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas
Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba
diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat islam bahawa kelahiran
Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
Juteru itu, bagi menyambut seruan
kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan Islam dan JQAF SK Abi
berusaha untuk mengadakan Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini dengan hasrat
mengemudi pelajar-pelajar kearah Cintakan Rasul junjungan mulia.
OBJEKTIF
i-
Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan dalam
menyebarkan agama Islam.
ii-
Menanam sifat
teladan sahsiah murid melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW
iii-
Melahirkan
masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam warga pendidik melalui konsep perpaduan
ummah dan akhlak mulia
iv-
Melahirkan
generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan
sepanjang zaman.
SASARAN
i-
Semua murid SK
Abi
ii-
Semua guru dan
kakitangan SK Abi
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI :
Hj. Adanan bin Long PMP, PJK
Guru Besar
TIMB. PENGERUSI :
Pn. Salma bt Zain (GPK P)
En. Ab. Rahman bin Ismail (GPK HEM)
En.
Abd. Hadi bin Arsani (GPK KOKO)
PENYELARAS PROGRAM : Pn. Intan Rashida bt Saad
SETIAUSAHA : Pn. Siti Mariam bt.
Hamzah
BENDAHARI :
Pn. Zaharah bt Abd. Wahab
AHLI
JAWATANKUASA
AJK PERBARISAN MENGIKUT RUMAH
SUKAN:
MERAH : En. Mohd Tarmizi b. Mat Ros
Pn.
Nadzimiyah bt. Mohd. Noor
HIJAU : En. Azahari b. Ahmad
Pn.
Cek Wa bt. Othman
KUNING : En. Yazmi b. Mohd Noor
Pn.
Norsilah bt Derhaman
BIRU : En.
Azizan bt. Ghani
Pn.
Wan Nur Azma
HAKIM BUSANA MUSLIM /
MUSLIMAH : Pn. Fuziah bt. Noh
:
Pn. Hartini bt. Khamis
:
Pn. Rosnah bt. Ahmad
: Pn. Siti Mariam bt hamzah
HAKIM PERTANDINGAN
NASYID, SAJAK DAN AZAN :
1) Pn. Naroni bt. Ismail
2) Pn. Intan Rashida bt. Saad
3) Pn. Meriyam bt Yahya
4) Pn. Mardziyatul
AJK HADIAH &
CENDERAHATI : Pn. Zaharah bt. wahab
:
Pn. Norjasimah bt. Jusoh
: Pn. Rosilah bt Othman
AJK FOTOGRAFI/ :
Mohd Razif bin Mahmud
DOKUMENTASI Mohd. Amir bin Mohd. Isa
BROSUR : Pn. Haniza bt
Jusoh
AJK SIARAYA : En. Mohd Amir bin Md Isa
:
En. Nazri b. Ramli
AJK PERSIAPAN TEMPAT : En. Nur Khazizi
:
En. Mohd Razif b. Mahmud
AJK KAWALAN MURID : Pn.
Norliana bt. Abdullah
:
Pn. Asiah bt. Deh
:Cik
Roshafiza bt Ramli.
PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN NASYID
: Pn. Maizah bt. Hamid
PENGACARA MAJLIS CERAMAH : En.
Tarmizi bt. Mat Ros
KHALIFAH
PERSEMBAHAN SELAWAT : En. Azahari bin Ahmad
PERHATIAN:
1)
PERTANDINGAN NASYID, SAJAK DAN AZAN
MENGIKUT RUMAH SUKAN.
2)
SEMUA GURU SUKAN BOLEH MEMILIH WAKIL MURID
UNTUK PERTANDINGAN INI MENGIKUT RUMAH MASING-MASING.
3)
TEMA NASYID DAN SAJAK BERDASARKAN
RASULULLAH.
4)
KREATIVITI PERSEMBAHAN BEBAS MENGIKUT RUMAH
MASING-MASING.
5)
SEBARANG PERTUKARAN AJK BOLEH DIBINCANG
DENGAN AHLI RUMAH SUKAN.
6)
KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI
AMATLAH DIHARAPKAN DARIPADA SEMUA GURU. TERIMA KASIH.
|
Tarikh : 17 JANUARI 2014
15 RABIUL AWAL 1435H
Hari :
JUMAAT
Masa :
7.20 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sk Abi
TENTATIF
PROGRAM
07.20 - Semua murid dan
Warga Sekolah berkumpul di dewan terbuka
07.30 - Taklimat perjalanan
program
07.45 - Perarakan
Maulidurrasul mengikut rumah sukan.
08.15 - Pertandingan nasyid
mengikutl rumah sukan.
- Pertandingan
Sajak Rasulullah-terbuka kepada semua murid.
-Pertandingan azan
- Pertandingan
Busana Muslim / Muslimah
9.30 - REHAT
10.10 - Murid dan guru berkumpul di Tapak Perhimpunan
- Selawat daripada
semua guru dan murid.
10.20 - Ceramah
Maulidurrasul: Wakil Jab. Agama Islam Perlis.
11.20 - Soalan kuiz
11.30 -
Perasmian penutup dan penyampaian hadiah
-
Persembahan Qasidah Sk Abi
- Ucapan
Guru Besar.
-
Penyampaian Hadiah
12.00 -Bersurai
MAKLUMAT AM
1) Pakaian :
Murid lelaki dan perempuan.
·
Ikut
kreativiti guru rumah.
·
Mengikut kesesuaian
majlis
Guru lelaki:
- Baju melayu dan sampin
PENUTUP
Semoga dengan perpaduan ukhuwwah
islamiah yang dijalin akan mengarahkan jalan kecemerlangan dan kejayaan
berterusan kepada usaha-usaha murni SK Abi dalam membangun modal insan yang sempurna.
Sesungguhnya kesempurnaan itu adalah milik Allah, maka kepadanya jualah kita
kembalikan segala perancangan yang dirancang agar ia mendapat keberkatan dan
redha Ilahi. Wassalam
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh:
……………………………………..
(PN. SITI MARIAM BT. HAMZAH)
Setiausaha,
Program Sambutan
Maulidurrasul 1435H.
SK Abi.
|
Disahkan
oleh:
……………………………………….
(TN. HJ. ADANAN BIN LONG PMP,PJK)
Guru Besar,
SK Abi.
|
Disemak
oleh:
……………………………………..
(PN. INTAN RASHIDA BT SAAD)
Penyelaras ,
Program Sambutan
Maulidurrasul 1435H.
SK Abi.
|
No comments:
Post a Comment