Minit Mesyuarat



MINIT MESYUARAT  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN SURAU AL-HUDA
KALI PERTAMA 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN ABI, PERLIS

TARIKH          :           3 JANUARI 2013
HARI               :           KHAMIS
MASA              :           3.00 PETANG
TEMPAT         :           BILIK  JQAF  SK ABI, PERLIS

KEHADIRAN  :           1) PN. SALMA BT. ZAIN (PK 1)
                                    2) PN. ROSILAH BT. OTHMAN (KP)
                                    3) PN. SITI MARIAM BT. HAMZAH (S/U)
                                    4) PN. ZAHARAH BT. WAHAB
                                    5) PN. INTAN RASHIDA BT. SAAD
                                    6) PN. HAFIZAH BT. HARUN
                                    7) EN. MOHD .RAZIF BIN MAHMUD
                                    8) EN. MOHD. AMIR BIN MD ISA

 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Rosilah bt. Othman sebagai Ketua Panitia     Pendidikan Islam SK Abi


Agenda 1: Ucapan Pengerusi Majlis
       (Pn. Rosilah bt Othman)

1.1  Beliau memulakan ucapan dengan bacaan Al-fatihah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat panitia kali pertama 2013 pada kali ini.
1.2  Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada GPK Pentadbiran, Pn. Salma bt Zain kerana sudi bersama-sama Panitia Pendidikan Islam dalam mesyuarat pada kali ini. Beliau menjemput GPK Pentadbiran untuk memberi  ucapan .


Agenda 2 :Ucapan Guru  Penolong Kanan Pentadbiran :   
        (PN. SALMA BT ZAIN)

2.1  Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis kerana memberi peluang kepada beliau untuk  berucap.

2.2  Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ustaz ustazah kerana ditakdirkan oleh Allah SWT  untuk berada pada peringkat  yang lebih mulia daripada guru biasa kerana guru agama lebih tinggi darjat disisi-Nya.

2.3  Beliau menegaskan bahawa  GPI perlu menjadi  role-model  kepada semua guru-guru, staff dan warga sekolah  terutama anak didik di SK Abi. Harapan beliau terhadap semua guru pendidikan islam agar sentiasa jadi yang terbaik, jangan rasa rendah diri dan jaga martabat guru-guru sebagai uataz dan ustazah. Selain itu, beliau berharap semua GPI  dapat melaksanakan tugas dengan sempurna agar tiada orang lain mempertikaikan tugas guru-guru agama.
       Tindakan   :   Semua Guru Pendidikan Islam

2.4  Memperkasakan Panitia Pendidikan Islam.

2.4.1         Pengurusan dan perancangan panitia.

Panitia perlu merancang dan menyusun program dengan sempurna. Setiap program yang dirancang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

2.4.2         Pencerapan.

Ketua panitia perlu mencerap guru-guru Pendidikan Islam sekurang-kurangnya 3 kali, selepas membuat pencerapan, ketua panitia perlu berbincang berkaitan p&p bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan supaya dapat menghasilkan p&p yang berkesan.

GPI  juga perlu membuat ujian sumatif dan formatif  terhadap murid-murid supaya dapat mengetahui tahap penerimaan pengajaran yang berkesan.

2.4.3     Pengajaran dan pembelajaran.

GPK 1 mengingatkan semua guru pendidikan islam supaya menyampaikan ilmu sebaik mungkin, jangan memberi ilmu sekadar mengikut sukatan tetapi sampaikan ilmu dengan lebih agar murid-murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Contohnya berkaitan solat, gpi perlu selalu bertanya kepada murid dan memberi  motivasi kepada mereka agar melaksanakan perintah Allah SWT.

2.4.4         Headcound     .

GPK 1 juga meminta semua guru p.islam dan bahasa arab dapat memastikan perkara berikut perlu ada dalam buku ringkasan mengajar  (RPH) guru iaitu:


a.       Senarai nama murid
b.      TOV
c.       OTI
d.      ETR
     
2.5       Semua perkara ini diperlukan bagi guru yang mengajar tahap 2 iaitu tahun 4, 5  dan 6 sahaja.  Bagi murid tahap 1, mereka tidak memerlukan headcound kerana  penilaian mereka berdasarkan PBS.

2.6       Selain itu, Ketua panitia mesti melakukan pencerapan kepada rakan guru  mengikut spikasi pada boring yang telah ditetapkan oleh SKPM.

2.7       GPK 1 juga meminta setiap ujian atau laporan yang diminta oleh JPN  dihantar  pada waktu yang ditetapkan. Selain itu beliau juga mengingatkan agar semua  guru perlu melaksanakan tugas tanpa menunggu pihak pentadbir mengarah menyiapkan tugasan tersebut.

           
Agenda 3       : Perbentangan minit mesyuarat yang lalu.

3.1  Setiausaha Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab iaitu Pn. Siti Mariam bt. Hamzah membentangkan minit mesyuarat  kali ketiga bagi tahun 2012.

3.2  En. Mohd. Amir bin Mat Isa telah mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh En. Mohd Razif bin Mahmud.


Agenda 4       : Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam :
 Ustazah Rosilah bt Othman

4.1  Pn. Rosilah melaporkan aktiviti panitia Pendidikan Islam pada tahun 2012 berjaya dilaksanakan mengikut takwim yang di tetapkan namun tarikh perlaksanaan tetap berubah kerana terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkkan.

4.2  Bagi tahun 2012, pelaksanaan tazkirah pagi Isnin berjalan tidak lancar. Hal ini kerana terdapat banyak perkara lain yang diadakan pada masa perhimpunan rasmi. Oleh itu, tazkirah pagi Isnin telah ditukar kepada setiap pagi Jumaat sepanjang tahun 2013.  

4.3  Setiap aktiviti panitia yang dilaksanakan pada 2012 akan diteruskan pada tahun 2013. Antara aktiviti tersebut ialah:


a.       Bacaan  Yassin murid tahun 6 : setiap pagi Jumaat sepanjang tahun jam 7.20 pagi hingga 7.40 pagi.
b.      Solat Zohor berjemaah bagi murid-murid tahap 2 iaitu sebelum perlaksanaan kelas tambahan.
c.       Tazkirah Jumaat selepas aktiviti  bacaan ayat lazim untuk murid tahun 1 hingga 5.
d.      Bacaan ayat lazim
e.       Edaran Risalah Kerohanian untuk guru setiap pagi Jumaat sepanjang tahun.

4.4  KP juga menjelaskan aktiviti mengikut hari Kebesaran Islam yang akan dilaksanakan pada tahun 2013 iaitu antaranya :

a.       Sambutan Maulidurrasul
b.      Ihya’ Ramadhan
c.       Solat Hajat dan bacaan Yassin UPSR
d.      Sambutan Isra dan Mikraj
e.       Majlis Khatam Quran
f.        Kem Bestari Solat (KBS) - Program j-Qaf
g.       Kem Literasi Al-Quran (KLAQ)- Program j-Qaf
h.      Program Generasi Celik Al-Quran (Gen-Q)


4.5  Laporan Prestasi Akhir Tahun 2012.

4.5.1        100% murid tahun 1 lulus dalam peperiksaan akhir tahun bagi matapelajaran pendidikan islam.
4.5.2        95% murid tahun 2 lulus namun 5% tidak lulus iaitu murid linus.
4.5.3        Punca murid gagal dalam peperiksaan adalah kerana mereka tidak pandai membaca jawi. Oleh itu, pihak panitia merancang untuk memberi  penekanan dalam pelajaran jawi.

4.6   Surau

4.6.1        Pengerusi memaklumkan bahawa pelaksanaan peningkatan surau  
sedang dijalankan.
4.6.2        Ustazah Rosilah meminta agar pelantikan Jawatankuasa surau dapat  dilaksanakan dengan segera. Kerjasama daripada semua guru terutamanya GPI dan j-QAF untuk menghidupkan surau Al-Huda amatlah diharapkan.
                                    (Tindakan: Ustazah Zaharah dan semua gpi)




Agenda 5       :Ucapan Ketua Panitia Bahasa Arab :
  Ustazah Hafizah bt. Haron


5.1  Ustazah Hafizah memaklumkan bahawa program “Kalam Yaumiyah” pada 2012 tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa. Namun yang demikian, beliau berharap program ini dapat dilaksanakan pada tahun 2013. Masa yang ditetapkan ialah pada setiap Jumaat semasa perhimpunan pagi.

5.2  Minggu Bahasa Arab telah dirancang untuk dilaksanakan pada hujung bulan September.

5.3  Panitia Bahasa Arab juga akan memastikan papan kenyataan Panitia berfungsi dengan baik. Segala maklumat berkaitan Bahasa Arab akan dipamerkan di situ.

5.4  Setiap aktiviti Panitia Pendidikan Islam juga akan dibantu oleh guru bahasa arab.


Agenda 6                   :  Hal-hal lain:-

6.1       Pn. Salma bt Zain memaklumkan bahawa jika murid dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian maka p&p tersebut berjaya tetapi jika sebaliknya maka gagal beerti guru pendidikan islam gagal menyampaikan p&p.
                                   
6.2                   Cadangan Program selepas UPSR =
                        1) Kursus Jenazah untuk guru dan murid.
                        2) Gotong-royong membersihkan masjid.
                        3) Kursus cara-cara penyembelihan
                        4) Khemah ibadat

6.3       GPK 1 juga memaklumkan tarikh pelaksanaan Program Sambutan
                 Maulidurrasul peringkat sekolah ialah pada 25 Januari 2013.

6.4       Rancangan pengajaran tahunan tahun 3 telah difotostat dan diedarkan kepada guru yang berkenaan.

6.5       Pn. Intan Rashida menjelaskan berkaitan ujian PBS tahun 1, 2 dan 3 akan dinilai pada bulan Mac, Mei dan Oktober.
                 Tahun 4, 5 dan 6 pula akan dijalankan peperiksaan sebanyak 4 kali setahun iaitu bula Mac, Mei, Ogos dan Oktober.

6.6            Ustazah Intan Rashida juga mengingatkan semua guru pendidikan islam agar menggunakan tulisan jawi semasa melaksanakan P&P dalam kelas.

6.7            GPK 1 meminta Ustaz Amir menyediakan kad yang tertulis Kehormatan terletak dalam pekerjaan yang jujur”. Kad itu perlu dilekatkan didalam setiap kelas tahun 1 hingga 6.



    

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.



Disediakan oleh,


…………………………………………
(SITI MARIAM BT HAMZAH)
Setiausaha,
 Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab,
Sekolah Kebangsaan Abi,
Perlis.


Disemak oleh,


…………………………………….
(ROSILAH BT OTHMAN)
Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab,
Sekolah Kebangsaan Abi,
Perlis.

No comments:

Post a Comment